Sunday 27 March 2016

Keluarga Pengantin Bergaduh Wang Hantaran Tak Cukup - Viral

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinannya bersama dengan seorang pasangan hancur pabila dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita tersebut dalam satu kejadian di sebuah masjid kelmarin.


Menurut laporan Kosmo!, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid berkenaan kerana tidak dibenar meneruskan majlis akad nikah kerana tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Sumber Kosmo! berkata, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.

Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya.

Difahamkan, pengantin lelaki tersebut yang berusia 27 tahun hanya bekerja sebagai pegawal keselamatan dan gajinya hanya RM1,500 sebulan.

Selain itu, turut difahamkan lelaki berkenaan sudah bercinta dengan kekasihnya, seorang gadis berusia 21 tahun, sejak tiga tahun lalu.

Sumber turut berkata, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung namun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi lelaki berkenaan tidak membayar baki RM5,000.


Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.

Sumber juga berkata kekecohan berlaku di perkarangan masjid apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.

Thursday 2 February 2012

Tafsiran Harta Sepencarian

Soalan
BOLEHKAH harta sepencarian dituntut seorang isteri walaupun dia tidak bekerja dan bagaimana pula dengan pembahagiannya? Bagaimana pula situasi jika si suami berpoligami tetapi isteri kedua bekerja? Bagaimana pula pembahagiannya?

Jawapan
HARTA sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai perolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan yang mana membabitkan harta alih atau tidak alih dan juga pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau sebaliknya. Sumbangan secara langsung adalah seperti isteri mengeluarkan modal terutama dalam bentuk kewangan untuk mendapatkan harta dalam tempoh perkahwinan dan sumbangan tidak langsung ialah isteri menunaikan tanggungjawab sebagai isteri sehingga membolehkan suami bekerja dan mendapat harta. Ini termasuk sumbangan isteri dalam menguruskan rumah tangga, menjaga anak, melayan suami sehingga menyebabkan suami merasa kehidupan yang tenang dan dapat menumpukan kerjaya seterusnya dapat memperoleh harta dalam tempoh perkahwinan mereka. Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada suami.

Ia boleh dituntut walaupun isteri tidak bekerja. Rasional keharusan pembahagian harta sepencarian menunjukkan pengiktirafan syarak terhadap hak, habuan dan pemilikan pihak yang berusaha mendapatkan harta itu sepanjang perkahwinan. Hukum harta sepencarian tidak dinyatakan secara jelas, cuma pembahagian itu dibuat bersandarkan kemaslahatan pihak atas prinsip keadilan dan hak.

Prosedur pembahagian harta sepencarian dibuat oleh hakim di mahkamah kerana caranya tidak dinyatakan secara tepat dalam hukum syarak. Merujuk kepada amalan biasa penghakiman di mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian ke atas seorang isteri ditentukan setakat harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan.

Tuesday 27 December 2011

Hitam putih dan fokus warna - Photoshop tutorial

Assalamualaikum, mari belajar bagaimana cara untuk membuat gambar anda memjadi hitam putih dan hanya sebahagian yang berwarna.


Pertama,

Buka fail seperti biasa di dalam Photoshop.


Kemudian, klik pada New Adjustment Layer, dan pilih Black and White. Klik ok atau ubah mengikut kesesuaian anda.


Pergi ke bahagian Tools>Polygonal Lasso Tool.
Seperti yang anda lihat, terdapat 3 jenis Lasso, yang pertama adalah Free movement. Kedua, pergerakan garisan lurus dan ketiga pula pergerakan Lasso mengikut piksel gambar anda.
Anda boleh menggunakan mana-mana Lasso Tools yang anda mahukan.


Pastikan Feather pada 5px. Ini juga mengikut kesesuaian pada gambar anda, jika resolution gambar anda rendah, guna 1px sudah memadai, atau anda boleh cuba dari 1px ke 100px.


Mula membuat Selection pada bahagian yang anda mahu. Pastikan titik akhir bertemu pada titik mula untuk mendapatkan Selection.


Sebelum Copy and Paste, pastikan pada bahagian Layers anda memilih pada lapisan Background.
Kemudian, tekan 'Ctrl+C' dan 'Ctrl+V' untuk Copy dan Paste.
Untuk membuat secara manual, pergi ke menu Edit cari Copy dan Paste seperti biasa.


Selesai Copy dan Paste, Layer yang anda telah Paste akan muncul.


Klik pada Layer tersebut dan naikkan ke atas Layer Black & White.


 Hasilnya.. =)

Anda boleh membuat selection pada seberapa banyak bahagian yang anda mahu, dengan mengulangi langkah pada gambar nombor lima di atas.

Bertemu lagi pada tutorial akan datang.

Tuesday 20 December 2011

Masalah sambungan Wifi / Refresh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, anda ada masalah pada sambungan wifi?
Mungkin saya dapat membantu, cara yang saya tunjukkan ini adalah untun 'Refresh' kembali network wifi komputer anda.

Pertama, klik pada simbol network  pada hujung taskbar komputer anda, kemudian klik pada Open Network and Sharing Center. 

Kemudian, klik pada Change adapter setting 

Ok, pada Available Network, halakan anak panah tetikus pada Wireless Network Connections, dan klik kanan padanya, akan keluar menu seperti dibawah, dan tekan DISABLE. Biar selama 3-5 saat, kemudian anda ulangi dan UNABLE kembali Wireless Network Connections tersebut.
Setelah selesai, Close dan sambung pada wifi anda seperti biasa.

Jika masih tidak boleh, mungkin anda perlu sambung wifi dengan manual. Caranya, klik pada simbol network  pada hujung taskbar komputer anda (Lihat gambar pertama), Disconnect semua sambungan wifi jika sedang bersambung, kemudian klik pada Open Network and Sharing Center. 
Klik pada Manage wireless networks.

Klik pada Add, untuk menambah sambungan wifi secara manual.

Klik Manually creat a network profile.

Untuk mengetahui Properties wifi network anda, klik pada simbol network  pada hujung taskbar komputer anda, kemudian klik pada wifi yang ingin anda sambung, klik kanan dan klik pada Properties.

Pergi ke bar Security dan lengkapkan Manually creat a network profile anda tadi dan klik ok.

Terima kasih.
Bantu saya jika ini membantu anda =)